Friday 23 September 2016

Video Kejadian Dan Gambar Pemandu Lori Gilis Budak Sekolah Depan Mata Ibu... Sedih Ya Allah


Tersebarnya video rekaman cctv Kemalangan maut sebuah lori yang melanggar pelajar sekolah di hadapan Sek Ren Teluk Medan mulai menjadi titik terang bagaimana kronologi kejadian nasib malang yang nimpa Mohammad Haikal Helme, 10 berlaku.




Dimaklumkan sebelumnya ibu mangsa turut menyaksikan anak bongsunya itu maut digilis sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, di sini, pagi itu

Bagaimanapun selepas kejadian pemandu lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth cuba lari namun dapat ditangkap di kawasan bendang berhampiran oleh penduduk kampung berkenan.

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar.

Menurut beliau, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

“Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur.


EmoticonEmoticon