Monday 19 September 2016

(GEMPAR)- TRAGEDI LIMA PELAJAR KEJURUTERAAN MATI LEMAS KETIKA CUBA BERSELFIE DI EMPANGAN..

TRAGEDI LIMA PELAJAR KEJURUTERAAN MATI LEMAS KETIKA CUBA BERSELFIE DI EMPANGAN


Lima Pelajar Mati Lemas Ketika Selfie di Empangan
Lima pelajar mati lemas ketika mereka sedang membuat posing untuk berselfie di sebuah empangan. 




Saksi berkata, mereka telah melihat pelajar jurusan kejuruteraan tersebut tergelincir dari sebuah batu tempat mereka berdiri di empangan Telangana, India. 

Sebenarnya kesemua mereka memang pandai berenang dan saksi juga melaporkan salah seorang gadis terjatuh ke dalam empangan tersebut manakala rakan-rakan lain cuba untuk memberi bantuan tetapi malangnya kesemuanya turut tenggelam dan lemas.

 

Lima Mangsa tersebut telah dikenali sebagai P. Sravya Reddy, 19, P. Vinootna, 18, Karne Sivasai, 19, P. Sivasai Krishna, 20, dan Uppala Srinidhi. Mereka dikatakan semua berada dalam tahun ketiga di Kolej Kejuruteraan Vaagdevi di daerah Bollikunta.

Polis tidak lama kemudian tiba di tempat kejadian tetapi mayat-mayat itu hanya ditemui setelah pasukan penyelam berjaya menarik mereka keluar dari empangan tersebut. 

Pihak Polis masih menjalankan siasatan atas kematian mereka.


EmoticonEmoticon