Tuesday 20 September 2016

(KINI VIRAL) - AKHIRNYA TERJAWAB PEREMPUAN DALAM GAMBAR ITU BUKAN SAYA - ATIKAH SUHAIME

AKHIRNYA TERJAWAB PEREMPUAN ITU BUKAN SAYA - ATIKAH SUHAIME



Aktres kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 25, menafikan pembabitan dirinya dalam sekeping gambar bogel yang tersebar meluas di Internet baru-baru ini. #

Malah pelakon siri Si Kolot Suamiku itu turut mengakui bahawa tidak pernah melihat langsung akan gambar berkenaan yang juga dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki, Idris Khan. #


"Apa yang boleh saya katakan, wanita dalam gambar itu bukan saya. Biarlah pihak pengurusan menyiasat akan hal ini. #

"Saya pun tidak pernah melihat gambar itu, cuma ibu saya sahaja yang tengok. Ibu hanya menasihati supaya saya bersabar dengan dakwaan itu," katanya kepada Utusan Online. #

 Atikah berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pratonton filem Volkswagen Kuning, terbitan MIG di Mutiara Damansara, di sini hari ini. #

Terdahulu, satu daripada tiga keping gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dan seorang wanita mirip kedua-dua pelakon itu sedang bermesraan dalam keadaan bogel di atas sebuah katil mula menjadi bualan ramai setelah disebarkan minggu lalu.#

Penyebaran gambar tersebut juga dipercayai ada kaitan dengan kewujudan sebuah klip video aksi lucah mereka berdua bersama seorang lagi pelakon, Ammar Alfian. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon