Tuesday 20 September 2016

(KINI VIRAL) - Hebat!! Malaysia Akan Buat Sambutan Untuk 4 Wira Negara.. TAHNIAH buat Mereka..

Hebat!! Malaysia Akan Buat Sambutan Untuk 4 Wira Negara

SAMBUTAN besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara akan diberikan kepada wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio yang pulang ke tanah air esok.#
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perarakan itu akan diadakan selepas  sambutan kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.#
"Ini amat membanggakan kami kerana dapat menganjurkan sesuatu untuk mereka,” katanya.#
Khairy juga meminta rakyat Malaysia supaya turut bersama meraikan atlet Paralimpik negara di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.#
“Di media sosial kita dah sokong, jangan berakhir setakat itu sahaja. Jom kita sambut wira-wirawati kita ini! Jika anda kata anda ambil berat mengenai atlet Paralimpik, datanglah meraikan mereka di ibu negara, Khamis ini.#
Menurutnya, sambutan ini diadakan bagi meraikan pencapaian terbaik negara dalam penyertaan Sukan Paralimpik yang membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa.#
“Penghormatan untuk hero-hero kita amat wajar berikutan pencapaian terbaik yang telah disumbangkan mereka untuk negara dalam sejarah Sukan Paralimpik.#
“Kontinjen Paralimpik akan tiba di KLIA kira-kira jam 3.05 petang dan mereka akan diraikan terlebih dahulu di Kompleks Bunga Raya bersama Perdana Menteri dan isteri sebelum diarak menaiki bas menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.#
“Rombongan yang membawa kontinjen Paralimpik kita akan berhenti selama 15 minit di dua lokasi iaitu di KLCC (berhadapan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas) dan Pavilion.#
“Selepas itu kita ke Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan untuk meraikan hero-hero kita di situ bersama keluarga dan rakan-rakan mereka," jelasnya.#


EmoticonEmoticon