Tuesday 20 September 2016

[KINI PANAS] Kini Giliran Mia Ahmad Pula Beri Komen Pedas Kepada Uqasha Senrose Isu Kembali Tidak Bertudung.. Berubahlah kerana Allah SWT

[PANAS] Kini Giliran Mia Ahmad Pula Beri Komen Pedas Kepada Uqasha Senrose Isu Kembali Tidak Bertudung

mia-ahmadku
Keputusan Uqasha Senrose untuk membuka hijab bukan sahaja menerima pelbagai kritikan daripada netizen tetapi beberapa ahli agama juga.#
Malah, pelakon Mia Ahmad yang merupakan teman rapat Uqasha juga kurang setuju dengan tindakan berkenaan. Namun, sebagai rakan beliau tetap memberikan sokongan moral buat Uqasha yang setiap hari menerima kecaman yang agak hebat daripada setiap sudut.#
Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat, terutama apabila berhadapan dengan komen-komen segelintir peminat yang ‘maha dahsyat’ pedihnya.#
Kita manusia biasa. Masing-masing ada buat silap. Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami bersependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Mana tahu, dengan kata-kata nasihat dia akan fikir mana yang lebih baik.#
Berbicara soal istiqamah, Mia yang sudah tiga tahun berhijab tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana bimbang ia akan menyentuh sensitiviti sesetengah. Buat Mia, soal istiqamah adalah antara individu dengan Allah SWT.#
Saya takut untuk bercakap tentang istiqamah. Takut jawapan saya akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kalau hendak cakap tentang kekuatan, saya akui kita semua insan lemah yang mudah terpengaruh.#
Dulu saya suka sangat buat rambut. Macam-macam gaya saya cuba, tapi apabila sudah bertudung perasaan itu lama-lama hilang. Malah sekarang, semuanya seperti perkara biasa dalam hidup saya.#
Berubah kerana orang ataupun berubah kerana Allah SWT. Itu sahaja sebenarnya yang membezakan penghijrahan seseorang. Kalau terpaksa mungkin hati tidak kuat untuk terus kekal berhijab apatah lagi berada didalam keadaan sekeliling yang tidak semua wanita menutup aurat.#
Sumber: Utusan Malaysia


EmoticonEmoticon