Saturday 1 October 2016

Ini Sebab Mengapa Danok Jadi Tumpuan Terutama Hari Jumaat

Ini Sebab Mengapa Danok Jadi Tumpuan Terutama Hari Jumaat


Melalui laporan BH Online yang dipetik melalui portal Malay Mail Online, lebih 16,000 orang telah direkodkan masuk ke Thailand selepas 6 petang hingga 12 tengah malam. Perkara tersebut adalah hasil tinjauan akhbar berkenaan antara 25 hingga 31 Julai lalu.
Lebih menarik lagi, hari yang paling ramai direkodkan adalah pada hari Jumaat iaitu seramai 4,649 orang. Menurut sumber akhbar berkenaan, dadah juga mudah didapati di kelab malam. Pil kuda dijual dengan harga RM50 sebiji manakala ketamin dijual RM100 sebungkus.
“Kebanyakan pengedar di Danok itu orang Malaysia sendiri kerana rakyat Thailand jarang masuk kelab malam di sini. Mereka didalangi warga Thailand yang mengupah orang Malaysia bawa dadah ke kelab malam dan pusat karaoke,” kata sumber risikan kepada akhbar itu.
Operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sempadan pada 30 Julai lalu mendapati 20 rakyat negara ini positif dadah melalui ujian air kencing. Turut ditahan tiga wanita dan tiga penjawat awam untuk siasatan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya (1952).
Jadi, adakah anda pernah berhadapan dengan rakan-rakan yang sentiasa sibuk untuk ke Danok?


EmoticonEmoticon