Saturday, 17 September 2016

Terkini Gempar: 2 Beradik Disahkan Positif Zika, Masing-Masing Menetap di Miri & Kuala Lumpur.

Terkini : 2 Beradik Disahkan Positif Zika, Masing-Masing Menetap di Miri & Kuala Lumpur



Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan pihaknya menerima dua lagi kes Zika terbaharu yang mana melibatkan dua beradik yang masing-masing menetap di Miri dan juga Setapak, Kuala Lumpur.#
Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa di Miri adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang hamil dua bulan.#
Difahamkan, mangsa telah mengunjungi sebuah klinik swasta pada 6 September lalu kerana mengalami demam berpanjangan. Hasil ujian darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) medapati mangsa positif Zika & mangsa telah dimasukkan ke Hospital Miri pada 11 September lalu.#
Selain itu, mangsa juga pernah bekerja di Singapura dan kali terakhir melawat negara itu pada 24 Julai hingga 29 Julai 2016.#
Kes kedua pula melibatkan kakak kepada mangsa di Miri. Mangsa, 39, yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 6 September lalu selepas menunjukkan gejala Zika.#
Mangsa mempunyai sejarah mengunjungi adiknya di Miri pada 26 Ogos lepas dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 September.#
Namun, semua enam ahli keluarga yang mendiami serumah dengan pesakit didapati tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda jangkitan Zika. - Siakapkeli.my#
Rujukan : Harian Metro#


EmoticonEmoticon