Monday, 19 September 2016

5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang.. Anda Mesti Layan cerita ni

5 Cerita Hantu Karak Highway Paling 'Legend' Yang Seram Sampai Ke Tulang

Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam. Mereka memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari.
Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya. Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan.
Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.
Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan.
Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak.
Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya.
Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan jangan pandang belakang.
Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui.
Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas bumbung kereta tersebut.


EmoticonEmoticon