SAYU ABANG PULANG LAH ANAK ANAK KITA MASIH KECIL SUAMI HILANG JATUH KELAUT
PONTIAN : Hanya doa yang mampu dipanjatkan buat isteri nelayan yang dikhuatiri lemas ketika cuba menarik bot yang terlepas daripada ikatan di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi tadi.
Didi Nazri, Azura Hasanuddin, 23 yang ditemui Sinar Harian berkata, dia berharap agar suaminya itu segera ditemui.
Menurut Azura, dia masih lagi terkejut dengan berita kehilangan suaminya itu yang dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat kira-kira jam 6.00 pagi tadi.
“Saya berdoa agar suami (Didi) dapat ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat, katanya dalam keadaan sebak di Pangkalan Nelayan Jeti Pontian Besar.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Didi Nazri Jefri dikatakan pergi ke kelong terbabit bersama rakannya untuk menangkap ikan.
Didi dan Azura mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Rania, 3 tahun, Raisha 2 tahun dan seorang bayi lelaki, Dayan yang baru berusia sebulan.
Dalam pada itu, bapa saudara kepada Didi, Hafiz Kamal, 27, memberitahu, bot yang hanyut itu telah dijumpai pagi ini dan telah dibawa balik ke pangkalan nelayan Kampung Persisir.
“Kami ahli keluarga dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh rakan-rakan Didi pada kira-kira pukul 6.00 pagi sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa bagi meminta bantuan, katanya.
EmoticonEmoticon